Senin, 04 Agustus 2008
BENUA ATLANTIK KERAJAAN UFO
Di belahan bumi dalam kurun waktu yang silam s e b e I u m ta m ad d u n m a n u s i a wujud, ada 2 buah kerajaan itu Kerajaan Atlantik di bumi sebelah Barat dan Kerajaan Lemuria di sebelah Timur. Seorang bekas anggota tentera laut Amerika dan bekas penuntut Universiti Cornell bernama Wolbur E Scarborough telah ditemuramah. Wilbur pernah bertugas diberbagai negara di dunia antaranya Afrika, Azabaijan, Lagos, Nairobi dan Mesir. Wilbur amat meminati bidang Metafizik dan Supernatural yang membuatkan dia datang ke Asia. Menurut Wilbur, beberapa jenis makhluk halus di Malaysia dan Indonesia memiliki tingkat budaya yang tinggi, jauh lebih tinggi dibandingkan dengan makhluk halus yang berada di Benua Afrika. Makhluk halus di Pulau Jawa terutama Jawa Tengah, tingkat budayanya lebih tinggi daripada yang berada di India, Nepal dan Tibet.
Kerajaan Atlantik Seterusnya Wilbur memberitahu dengan panjang lebar tentang kerajaan makhluk halus yang ada di bumi dalam kurun waktu silam sebelum waktu tamaddun manusia. Kerajaan tersebut ada dua, iaitu Kerajaan Atlantik di bumi belahan Barat dan Kerajaan Lemuria di bumi belahan Timur. Tempat bekas kerajaan Atlantik itu ialah dibahagian Selatan Lautan Atlantik sekarang ini, sementara Lemuria pula terletak di Pasifik Barat Daya. Kedua kerajaan yang terpisah jauh itu hidup dengan sendirinya tanpa ganggu mengganggu antara satu sama lain, bahkan mungkin tidak saling mengenal. Kerajaan Atlantik kemudiannya hilang lenyap dari peradaban bumi. Sebahagian ahli mengatakan lenyapnya Kerajaan Atlantik itu disebabkan adanya bencana alam memusnahkan semua bangsa. Sedangkan ada sesetengah pakar pula mengatakan bahawa musnahnya Kerajaan Atlantik sampai tenggelam ke daar lautan itu kerana kekeliruan dalam mengamalkan ilmu taraf tinggi sehingga mengakibatkan musibah. Kerajaan Lemuria pula kata Wilbur, terletak di daratan Nusantara Indonesia. Secara tepatnya di wilayah Barat yang berpusat di Tanah Jawa. Atlantis, menurut ahli Mitiologi bernama Ulirich, ialah merupakan kerajaan pertama yang didirikan oleh orang-orang angkasa beberapa ratus ribu tahun yang lalu yang kemudian dihancurkan oleh banjir-banjir yang melemparkan umat manusia ke zaman batu. Pengaruh Tamadun Atlantik terhadap beberapa kerajaan besar seperti Mesir Kuno, Babylon, Phonesia, Yunani, Rom malah Skandinavia ternyataq sangat besar, ia turut mempengaruhi Amerika Latin, Bolovia, Brazil, Columbia dan Peru. Agama kuno di Atlantik ialah menyembah matahari. Kini kerajaan Atlantik itu telah tenggelam di dasar lautan .
Kerajaan UFO
Menurut kajian Beng Gustfson, seorang Leftenen Kolonel dari Angkatan Tentera Sweden yang telah membuat kajian 30 kes kemunculan piring terbang UFO. dia mencatatkan bahawa sekitar bulan April 1988 di wilayah perairan Sweden, tiba-tiba dia melihat perubahan ombak laut dahsyat sekali, dia menjadi bingong, tiba-tiba muncul pula peristiwa lain yang pelik. Sebuah pesawat ganjil berbentuk segi tiga sama berukuran lebih kurang 4 meter tiba-tiba saja muncul dari permukaan laut dan terus naik ke angkasa. Dalam satu peristiwa lain pada 1hb. Ogos, 1962 bertempat di pelabuhan Re Brush antara Marseilles dan Nice Perancis Selatan, diberitakan ada 3 orang nelayan mengkau melihat semacam kapal selam meluncurperlahan-lahan di permukaan laut, tiba-tiba dari kapal selam itu muncul makhluk-makhluk ganjil yang mirip manusia, mereka seterusnya nampak kapal selam itu terangkat ke udara dan berputar-putar mengeluarkan cahaya merah seterusnya terus lesap di angkasa dengan kecepatan yang luar biasa, susah nak digambarkan. Dalam sebuah buku yang bertajuk "Segitiga Bermuda dengan UFO" yang ditulis oleh Ives Naud dinyatakan bahawa baru-baru ini telah dijumpai sekelompok bangunan di dasaar lautan dekat Bihmi Kepulauan Bahamas yang kemudiannya menjadi petunjuk bahawa ribuan tahun yang lalu di tempat itu sudah ada masyarakat yang bertamaddun tinggi dan yang mengejutkan UFO juga terlihat di sana.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar